Siakap Keli

Bawa Bajet RM 62 Nak Beli Barang Dapur Je, Tak Sangka Badan Bertuah Dapat ‘Rezeki’ Sampai RM 2000

Sebagai salah sebuah rangkaian pasar raya terkemuka tanah air, sebut saja nama MYDIN, perkara pertama yang terlintas di minda anda semua sudah tentulah barang yang dijual pada harga yang lebih murah, berkualiti tinggi selain mesra pelanggan.

Kalau nak tahu, MYDIN pada tahun ini sudahpun menginjak usia 62 tahun, sebaya dengan usia kemerdekaan tanah air kita. Jadi, kalau anda perasan, MYDIN ketika ini sedang rancak menjalankan pelbagai promosi-promosi hebat yang sangat-sangat memberi untung kepada kita semua sebagai pengguna. Singgah MYDIN sekarang kalau anda tak percaya.

MYDIN dah pun buat promosi bersempena Hari Kemerdekaan Ke-62 dan juga promosi bersempena Hari Malaysia 2019 yang sangat-sangat memberi manfaat besar kepada semua pengguna di Malaysia.

Tapi bukan tu je usaha-usaha MYDIN buat untuk ringankan beban para pelanggan sebenarnya. Ada yang lain lagi. Jadi apa pula untuk kali ini?

Haaa, MYDIN sebenarnya turut mengadakan peraduan Wave Je Dengan Mydebit dan hadiah terkumpul yang disediakan untuk anda semua menangi adalah sehingga RM 500,000.

Wow, berbaloi sangat-sangatkan. Dah la beli barang pada harga yang lebih murah, MYDIN siap nak bagi hadiah lagi. Bukan sikit-sikit pulak tu, hadiah terkumpul SETENGAH JUTA RINGGIT.

Rasa tak sabar sangat-sangat kan nak menang hadiah-hadiah tu kan. Anda cuma perlu ikut je syarat-syarat kat bawah:

1. Belanja minimum RM 62 di mana-mana cawangan MYDIN dalam satu resit, dengan bayaran dibuat menggunakan KAD DEBIT (cashless).

2. Hantar butiran resit dan Whatsapp ke 011-26119785

3. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul menarik iaitu Hypermarket Sweep atau MYDIN Baucar bernilai sehingga RM 500,000.

Paling best, peluang untuk anda memenangi peraduan ini boleh digandakan melalui aplikasi Whoop sekiranya anda berbelanja lebih dari RM 62.

Mudah untuk anda faham, setiap perbelanjaan bernilai RM 62 anda akan memiliki satu penyertaan, RM 124 (2 penyertaan),  RM 186 (3 penyertaan) dan seterusnya.

Mudah je syarat-syarat nak menang hadiah gempak yang MYDIN tawarkan kan. Ok, syarat dah pun anda tahu, yang tinggal hadiah je yang masih lagi misteri kan. Sebenarnya ada Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama yang menanti anda.

Untuk Hadiah Mingguan, Mydin mencari seramai 806 orang pemenang untuk diberikan hadiah baucar bernilai RM 100 setiap satu.

Kalau anda bertuah sekali lagi, Hadiah Utama yang lebih bernilai mungkin turut menjadi milik anda juga. Untuk Hadiah Utama, MYDIN mencari seramai 210 orang pemenang untuk menjadi tuan kepada hadiah utama, Hypermarket Sweep bernilai RM 2,000.

Senang je kan, anda cuma melabur minimum sebanyak RM 62 dan untuk yang boleh dapat bernilai ribuan ringgit. Lagi banyak, lagi kerap anda beli, lagilah tinggi peluang untuk anda menang.

Ayuh, segera ke pasaraya MYDIN. Beli barangan keperluan harian dengan harga lebih murah dan menangi hadiah-hadiah menarik terkumpul bernilai sehingga RM 500,000.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook dan laman web MYDIN.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.