Seorang ibu didakwa telah membunuh anaknya sendiri dengan menyapukan dadah jenis heroin pada gusi bayinya dipercayai untuk menidurkannya, menurut laporan mahkamah.
Wanita yang berusia 33 tahun itu dikatakan telah menggunakan bahan terlarang tersebut pada bayinya yang berusia setahun sekurang-kurangnya 15 kali sebelum bayi tersebut meninggal pada October 2018. Bayi tersebut telah ditemui mati di rumahnya Bangor, Maine, oleh responder kecemasan, sementara wanita tersebut pula ditahan kerana disyaki terbabit menyebabkan kematian bayi itu pada Isnin lalu.
Seorang detektif kemudiannya mengesahkan bahawa sistem badan wanita itu mengandungi “synthetic opioid fentanyl”, iaitu sejenis ubat tahan sakit yang selalunya bila dicampurkan dengan heroin, kesannya akan bertambah kuat sebanyak 50 kali ganda.
Laporan tersebut menyatakan bayi malang itu telah menelan dadah berkenaan, dan ia boleh berlaku sekiranya ia disapu pada bahagian dalam mulutnya.
Meskipun dia sedang menghadapi tuduhan yang agak keras, Pada bulan Jun yang lalu, dia telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan dadah itu serta alat untuk menghisapnya dengan menulis ‘Yay buddy’ sebagai kapsyen.
Wanita tersebut turut mengecam seorang ahli pasukan sorak Ohio yang dakwanya telah terang-terangan membunuh anaknya itu namun hanya disabitkan atas kesalahan menanam mayat anaknya itu sahaja. Wanita tersebut menulis di Facebooknya: ‘Bunuhlah saya, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan anak saya kembali’.
Wanita tersebut dilaporkan telah mengaku menggunakan heroin seminggu sekali pada bulan kematian anaknya itu, manakala bapa kepada bayi itu pula memberitahu kepada pihak polis bahawa wanita itu telah menyapukan dadah tersebut pada gusi anaknya itu.
Sumber: Metro