Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Brader MPV Ni Besar Juga Jasa”, Wartawan Kongsi Kisah Unit Peronda PDRM Bongkar Kes Jual ‘Maruah, Kedaulatan’ Negara

Sejak kebelakangan ini, negara kita telah dikejutkan dengan isu kredibiliti anggota-anggota beruniform yang menjual kedaulatan serta maruah negara. Bagi mendapatkan wang dengan jalan yang mudah, mereka-mereka ini sanggup mengenepikan sumpah yang pernah diangkat terdahulu demi kepentingan diri sendiri.

Isu rasuah dalam negara kita khususnya pegawai-pegawai penguatkuasa ini bukanlah suatu perkara yang tidak asing lagi. Pelbagai inisiatif serta langkah pencegahan dan amaran yang dilakukan kerajaan terhadap individu-individu ini telah dilaksanakan. Namun, masih ada segelintir yang masih meneruskan perbuatan itu.

Akan tetapi, tidak semua pegawai penguatkuasa yang sanggup melakukan perkara keji itu. Kita perlu berterima kasih kepada pegawai penguatkuasa yang berintegriti dalam membasmi perbuatan yang dianggap mengkhianati sumpah serta maruah negara ini. Bukan sahaja itu, orang awam yang memberi maklumat dalam membongkarkan isu-isu seperti ini juga seharusnya diberikan kredit. Kerana tanpa maklumat, sampai bila-bila pun golongan ini akan meneruskan perbuatan mereka itu. Ikuti perkongsian seorang pengguna Facebook yang bernama Syahril A. Kadir ini:

DALAM kes pegawai Imigresen yang kantoi tu, kalau tidak kerana kecekapan anggota polis MPV menahan sebuah kereta yang ‘mencurigakan’ di KLIA kelmarin, sampai ke sudah kita tak tahu ada berlakunya perbuatan yang menjual ‘maruah dan kedaulatan’ negara itu.

PDRM kena bagi anugerah dan surat kepujian pada anggota-anggota MPV itu.

Adakalanya kita hanya pandang pada pegawai komando dan CID saja, hanya tengok kehebatan mereka yang bertempur dan bertembak dengan perompak sampai kita terlupa abang-abang tugas am termasuk brader2 MPV ini juga besar jasanya pada PDRM dan negara.

SAK: Sanjung semua anggota keselamatan yang jujur dan amanah, termasuk yang kerja kat bengkel tukar minyak hitam dan oil filter hehehe.

Sumber: Syahril A. Kadir

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.