Siakap Keli

Celcom Alami Gangguan Teknikal, Minta Pelanggan Restart Telefon Dari Semasa Ke Semasa

Laman twitter pagi ini dihangatkan dengan tanda palang #Celcom diikuti dengan ciapan di kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati berikutan gangguan sistem yang di alami.


Justeru, Celcom Axiata sebentar tadi telah mengesahkan melalui ciapan balas kepada para pengguna bahawa rangkaian telekomunikasi syarikat terbabit mengalami gangguan di seluruh negara susulan kerja-kerja penyelenggaraan.

Tambah mereka lagi, isu ini dijangkakan akan diselesaika pada jam 10 pagi ini. Namun sekiranya masih ada pengguna yang mengalami masalah terbabit selepas waktu berkenaan, mereka diminta berhubung langsung menerusi mesej secara langsung (Direct Message) dengan menyatakan nama penuh, nombor telefon dan lokasi untuk bantuan lanjut.

Sumber: twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)