Siakap Keli

“Jangan Pergi Anakku, Tetapi Dia Pergi Tak Kembali,” Ibu Terkejut Anak Kesayangan Pergi Tinggalkannya Secepat Ini

Kematian tidak mengenai usia ataupun pangkat yang ada tetapi bila sudah tiba masanya Tuhan akan cabut nyawa mereka. Perasaan orang yang kehilangan insan tersayang sangat sakit dan perit. Hanya individu yang rasa akan faham perasaan ini.

Satu kejadian pilu yang menyayat hati apabila seorang ibu telah meluahkan perasaannya di laman Facebook yang mendakwa kematian anaknya itu berpunca daripada tercekik selepas mengunyah muffin.

“Anak saya baru meninggal dunia, sekarang saya sangat terkejut walaupun sedang menulis ini.”

Dia mendakwa anaknya mudah tersedak walaupun makan makanan lembut seperti pisang dan buah oren. Pada waktu kejadian, anaknya hanya makan satu gigitan muffin pisang yang lembut itu kemudiannya tersedak dan tercekik.

“Terus telefon 911 untuk kecemasan, heimlich untuk tercekik pun sudah dilakukan tetapi masih tidak sedarkan diri. Sebelum ini dia tidak pernah jadi seperti ini walaupun tersedak.

Katanya lagi, bila sampai ke hospital mereka fikir ia akan menjadi baik-baik sahaja namun ia sebaliknya. Selepas tiga jam para medik berjuang selamatkan anaknya untuk mengambil lebihan muffin yang terlekat pada kerongkong mangsa, namun tidak berjaya.

“Mereka beri kami memegang tangan anak untuk kali terakhir dan saya sempat menyanyikan lagu kegemarannya.”

“Saya berteriak kepadanya bahawa hidupnya tidak berhenti di sini. Dia sepatutnya pergi untuk mencari kisah yang lebih menarik dalam kehidupannya. Saya bisik kepada telinganya jangan pergi tetapi dia pergi tak kembali.”

Jelasnya lagi dia masih terkejut dengan apa yang berlaku ini. Dia tahu kehidupan dengan suaminya sangat perit dengan apa yang berlaku.

“Saya tak nak dengar apa-apa alasan daripada orang luar kerana kadangkala perkara buruk adalah perkara dan perkara baik wujud bersama-sama. Saya marah dan sedih dengan apa yang berlaku.”

Sumber: Ashton Fenster

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)