Siakap Keli

Kuala Lumpur Tersenarai ‘Top 5’ Bandar Terkaya Di Asia Tenggara

Kuala Lumpur yang merupakan sebuah bandar metropolitan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara mempunyai kepadatan sehingga kira-kira 1.73 juta penduduk.

Menjadi bandar terbesar di Malaysia, tidak dapat disangkal lagi kepesatan ekonomi di Kuala Lumpur yang menjadi lubuk rezeki rakyat di negara ini dan pelabur asing.

Berdasarkan laporan Gross Regional Product (GRP), Kuala Lumpur menjadi antara ‘top 5’ bandar terkaya di Asia Tenggara menjelang 2030 dengan nilai kekayaan sebanyak USD36,151 (RM150,732.15).

Menurut data tersebut, Singapura mendahului dengan nilai USD92,196 (RM384402.00), diikuti Jakarta USD45,227 (RM188,569.45) dan Bangkok USD42,482 (RM177,120.28).

Malaysia berada di tempat keempat, diikuti Manila USD28,184 (RM117,510.37) dan Ho Chi Minh City USD17,849 (RM74,419.62) dan Hanoi USD9,995 (RM41,673.15).

Manakala dalam peringkat dunia, Kuala Lumpur tersenarai dalam kedudukan ke-38 pada tahun 2030 berbanding berada tujuh anak tangga ke bawah pada tahun 2015 lalu.

Sumber : seasia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra