Siakap Keli

Lebih 4,000 Perkongsian, Wanita Ini Dedah Balasan Suami Kepadanya Setelah Dia Beranak Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila melahirkan cahaya mata, pastinya tugas seorang isteri bertambah. Beban yang dipikul itu selalunya bertambah berat apabila si isteri terpaksa menguruskan anak-anak yang lain tanpa bantuan suami. Bukan mahu mengeluh, tetapi itulah realiti sebenar yang perlu dilalui oleh setiap wanita bergelar isteri dan ibu.

Namun, perkongsian seorang wanita mengenai suaminya yang mampu melakukan segala tugasan di saat dia sedang berpantang harus diberikan pujian. Menguruskan isteri dan enam orang anak bukan sesuatu yang mudah.

Mendapat lebih daripada 4,000 perkongsian sehingga menjadi tular di media sosial, kisah ini mungkin boleh dijadikan panduan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri anda.

Ni post bukan nak up laki. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang laki aku buat bila aku beranak ramai bagi dia.

Dan boleh juga jadi rujukan untuk pak-pak hat tak tau nak susun jadual nak buat cmna bila jaga sendiri isteri dalam pantang.

Pastu masak masakan hat paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.

Dalam pantang semenjak anak ke 3-6. Memang suami momy yang jaga. Pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak pi sekolah. Pastu terus dia pi dapoq rebuih aiq mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy.. Pukui berapa bangun tu. Hangpa bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua na.

 

Air mandian dah siap rebuih. Dia mai tuang dalam baldi sesiap dalam bilik aiq. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Lagipun dapoq aku ngan bilik nalla berapa km jauh. Kikiki. Pastu aku pi mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil Dia settlekan balut tungku.

 

 

Momy keluaq ja bilik aiq dan dah siap semua. Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pi kerja dan hantaq kakak ara sekolah. Anak-anak hat lain depa uruskan diri sendiri nak pi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari. 

Dak aura aisyah dan baby Zidane. Satgi dia balik tghari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan aiq lap ngan kain sementara nak tunggu dia mandi tengahari ni.

Macam belah pagi, memang momy free dok atas katil sambil bertungku, sambil up status fb, sambil reply wasap dan mesej, paling dak pun aku lena bila baby lena.
Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dapat la aku lelap sat pagi2.

Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berenti sambung berenti sambung sampai kul 12 tghari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku dok panas dok biaq lagu tu ja.

Pastu bila dedi balik tengahhari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah.
Yeayy. Wangi dah semua orang.Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.

Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya pikiaq apa. Dia kata. Pikiaq nak masak apa malam ni dan esok. Ha baru tau no. Cmna aku dok pikiaq selama ni. Kikikiki. Tak masak lagi pun awai dah dok pikiaq nak masak apa kan.

Lauk suami masak

Tengahari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg dia pi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpa La. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak-anak pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest.

Time ni la nak rest banyak pun. Time aku tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini aku pi. Pos barang la, amik barang la jumpa orang la. 

Kalau ada barang customer yang nak kena pos. Lepas dia balik kerja petang tu dia akan pi pos. Momy wrap sesiap semua. Syukur ada j&t yang buka sampai pukul 7 malam. 

Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10. Tapi kan, camna bagus pun u jaga i, 100 hari tetap 100hari u posa na. No diskaun. Sampai ada tanya tips apa momy buat kat dedi. Hat paling best depa tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa.

Nak tau mandrem apa. Mai bayaq sejuta RM baru aku share mandrem tu. Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.” InshaAllah mak. Selagi ada jodoh. Akanku kepit celah ketiakku jaga tatang rapi baik punya. 

Sumber : Siti Nor Q

Jawatan Kosong Siakapkeli Penulis/Writer Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah Berumur 26 tahun dan ke bawah tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi.

Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan mempunyai minat dalam bidang penulisan berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi. Boleh berkerja shift.

Kemasukan segera, mereka yang layak akan dipanggil temuduga.

Email ke: [email protected]

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra