Siakap Keli

Mayat Warga Emas Ditemukan Dengan Tangan Diikat, Kepala Ditutup

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) – Mayat wanita warga emas ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan kedua tangan diikat di kediamannya di Pangsapuri PKNS, Kampung Tasik Tambahan Ampang, Ampang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata mayat wanita berusia 85 tahun yang kepalanya turut ditutup dengan kain ditemui anaknya di dalam bilik tidurnya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 5.30 petang.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Maaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP A. Wiswanathan di talian 012-3198918 bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.