Siakap Keli
Gambar: FB

Pemuda Ini Kongsi ”Itinerary” Penuh Buru Makanan Halal Di Hat Yai Untuk 3 Hari 2 Malam

Percutian adalah suatu perkara yang amat digemari oleh kebanyakan orang. Bukan sahaja dapat menenangkan fikiran serta melepaskan stress yang dihadapi sepanjang bekerja di pejabat, ianya juga didapati boleh mengajar kita erti hidup serta erti bersyukur dan cintakan pada tanah air kita.

Semua orang amat memerlukan percutian, paling tidaknya setahun sekali. Namun untuk pergi bercuti, duit serta perancangan yang betul perlu dititik beratkan juga bagi memastikan segala rancangan yang telah ditetapkan itu berjalan dengan lancar ketika berada di negara orang.

Bagi makanan pula, ada yang lebih gemar membawa mee segera kerana khuatir makanan yang terdapat di negara lain tidak halal. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Dhiya Aizat ini, dia ada berkongsikan tempat-tempat makanan halal yang terdapat di Thailand serta harganya sekali. Pada sesiapa yang akan travel ke Thailand, bolehlah anda manfaatkan perkongsian yang dikongsinya ini:

Memburu Makanan Halal di Hat Yai – 3 Hari 2 Malam by ETS

Edisi masih berjimat tetapi tetap puas makan tanpa perlu gigit kuku.

Amaran – Jangan baca kalau anda expect post ni sejenis “Lelaki ini hanya habis RM 200 sahaja ke Hat Yai” 😂

Click pada gambar untuk lebih info.

Day 1

ETS : KL Sentral to Padang Besar (Gold Class)
RM 152 (Return)/per pax
Depart – 7.12 am, Arrive – 1.00 pm
Train Padang Besar – Hat Yai
RM 7 (sehala)/ per pax
Depart – 3.40 pm (tapi delay lama gila – gerak 5.15 pm)
Arrive – 5.10 pm (waktu Thailand, sejam lambat)
Jalan kaki pi check in hotel – V Ocean Palace
RM 65 semalam – 2 malam RM 130 (tempah di Booking.com)
Grab ke Khlong Hae Floating Market – 150 baht
Makan di Khlong Hae Floating Market : 140 baht
– Telur puyuh goreng : 20 baht
– Coconut pancake : 20 baht
– Kerabu maggi : 30 baht
– Air longan dalam buluh : 20 baht
– Seafood pancake/omelette : 30 baht
– Fried shrimp : 20 baht
Grab ke Asean Night Bazaar – 160 baht
Shopping – bergantung pada individu – sila tawar smpi tak boleh pergi lagi harga haha
Thai Iced Tea – 25 baht per pax : 50 baht (tak makan sebab kenyang dah makan kat floating market; generally makan kat floating market jauh lebih murah)

Day 2

Sewa skuter – 300 baht, minyak full tank 90 baht – kadar sewa untuk sehari, amik 9 pagi pulang next day 9 pagi jugak
Breakfast Salma Restaurant – 160 baht
– Roti murtabak ayam
– Roti telur
– Teh o ais
– Air kosong
Melawat Stainless Steel Temple (7 km from town) – free entrance
Pusing-pusing Hat Yai; street art, town etc
Lunch – Chabura Dimsum : 270 baht
– 10 dimsum kecil
– 2 dimsum besar
– Fresh orange
– Air kelapa
Minum coffee/cake – The Coffee Company : 260 baht
– Ice mocha
– Ice cappucino
– Salted choc cake
Dinner – Khlong Hae Seafood Buffet – 289 baht per pax : 578 baht (kalau tak nak seafood, nak buffet biasa je harga 179 baht)

Gambar: FB

(Ini dia Khlong Hae Floating Market tu. Mostly yang jual atas bot adalah muslim so jgn ragu-ragu insyaAllah. Buka hanya hari Jumaat hingga Ahad tau.)

Gambar: FB

Antara yang menarik & wajib cuba di Khlong Hae Floating Market
1. Khanom Khrok – Coconut pancake
2. Khai Nok Kathaa – Telur puyuh goreng
3. Seafood pancake – mcm omelette ada isi kupang & crabstick kat dalam

Gambar: FB

Lee Garden Plaza

Gambar: FB
Gambar: FB

Massage murah; cari Suporn Massage depan Hamid Restaurant; sedap abang tu buat foot massage!

– Foot massage 300 baht (150 baht per pax)
– Bird nest dessert : 100 baht
– Durian : 100 baht
– Ovomaltine pancake : 50 baht

Gambar: FB

Day 3

Kim Yong Market – Jalan-jalan tengok barang

Gambar: FB

Breakfast – Sulaiman Restaurant : 160 baht
– Dim sum
– Roti murtabak ayam
– Teh O Ais
– Limau Ais kosong
Pulang skuter, jalan kaki pi lunch
Lunch – Kai Tod Decha – 305 baht
– Nasi Kuning
– Ayam Goreng
– Daging Bakar

Gambar: FB

– Teh Ais

Gambar: FB

– Ais kosong
Balik naik minivan to Padang Besar – 250 baht per pax – 500 baht – cuma korang kena jalan skit dr imigresen ke stesen keretapi Padang Besar dalam 10 minit 😬
Balik KL naik ETS jam 3.55 petang (on time jalan weh sebab tu tak berani naik train balikdr Hat Yai ke Padang Besar)

Total for 2 pax

ETS + Train to Hat Yai + Accommodation

152 + 7 = 159 x 2
318 + 130 = RM 448

Perbelanjaan di Hat Yai

Day 1 + Day 2 + Day 3

500 baht + 2208 baht + 965 baht

= 3673 baht to MYR = RM 500

For one pax

RM 448 + RM 500
= RM 948 / 2

= RM 474 per person (kalau nak tambah for shopping, ikut kemampuan sendiri 😛)

Disclaimer

– Trip ni takdelah terlalu bajet; bleh dapat lagi murah bergantung pada jenis pengangkutan (tuk-tuk, grab, skuter semua rate lain2) dan hotel yg anda pilih
– Kalau pergi berempat lebih jimat sebab duit grab bleh kongsi 4 orang haha
– Makanan pun ikut citarasa saya sendiri; tak sempat nak rasa tomyam ke pulut mangga ke pasal dah kenyang makan benda lain haha
– Saya cadangkan try pergi naik train lama dr Padang Besar ke Hat Yai sebab view dia mmg cantik!
– Kat street-street depa banyak je orang Muslim jual makanan; silalah explore dengan berjalan kaki; lepas makan burn kalori!
– Simcard unlimited data around 200 baht – tak beli pun sebab short trip; guna wifi hotel (or kebanyakan restaurant mmg ada free wifi) & download siap2 offline Google map

Sumber: Dhiya Aizat

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.