Penyerang skuad bola sepak bawah 18 negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal mengembangkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional apabila sebuah kelab yang berpangkalan di Belgium berminat menagih bisanya.
Luqman yang bakal ditawarkan kontrak selama lima tahun di kelab yang bernama KVK Kotrijk itu akan berlatih terlebih dahulu di Cardiff City pada Januari sehingga Mac 2020.
Apabila umurnya genap 18 tahun, dia akan menandatangani kontrak tersebut dan akan memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional di Belgium. Difahamkan, kelab tersebut kini berada di tangga ke-11 dalam Belgian Jupiler Pro League.


Tahniah kepada pemain AMD B-17, Luqman Hakim Shamsudin yang akan ke KVK Kortrijk di Belgium.
Kelab tersebut bermain di Belgian Jupiler Pro League dan Luqman akan menandatangani kontrak 5 tahun bersama mereka bermula Mac 2020 apabila dia berumur 18 tahun.
Sementara menunggu detik tersebut, Luqman akan berlatih di Cardiff City pada Januari-Mac 2020.
Sumber: NFDP