Siakap Keli

Penyiasat Kes ‘Misteri’ Kematian Princess Diana Disahkan Mati, Kuburkan Sekali Segala Rahsia Bersamanya

Individu yang menjalankan siasatan peribadi terhadap kematian Puteri Diana dan Dodi Fayed yang dianggap kontroversi itu disahkan meninggal dunia.

John Macnamara ‘pergi’ selama-selamanya dengan membawa sekali rahsia yang disimpannya selama ini mengenai kematian Princess of Wales itu. John merupakan Ketua Detektif sebelum menjadi ketua pengawal keselamatan kepada ayah Dodi Mohamed Al-Fayed.

Puteri Diana dan Dodi Fayed berada di dalam lif sebelum kemalangan yang meragut nyawanya

John tiba di Paris pada waktu pagi sebelum kemalangan maut bulan Ogos tahun 1997. Menurut rakannya, tragedi duka itu telah meninggal kesan yang begitu ‘parah’ dalam hidup John.

Tentunya John kecewa apabila hasil siasatannya tidak sama seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak polis Perancis dan United Kingdom.

John Macnamara

Insiden berkenaan kekal menjadi luka di hatinya sehingga beliau enggan kembali semula ke Paris kerana masih tidak mampu melupakan kemalangan yang menimpa Puteri Diana dan Dodi.

Sumber: Mirror.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)