Siakap Keli

Raja Perlis Larang Aktiviti Politik Kepartian Di Masjid

Sanglang : Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini melarang agenda mana-mana politik kepartian daripada dilaksanakan di masjid, atau diselitkan dalam program-program di masjid bagi mengelakkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam Perlis.

Raja Perlis bertitah baginda juga telah mengamanahkan agensi-agensi agama seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk mengawasi dan menyelaraskan hal ehwal dan undang-undang yang patut dipraktikkan di masjid-masjid seluruh negeri.

“Saya sangat mengharapkan agar pihak masjid mampu memberikan kerjasama untuk mentaati arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi ini. Mereka bertindak di atas arahan dan perkenan saya, maka diharapkan pihak masjid mentaatinya,”  titah baginda pada majlis perasmian Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok di sini sempena Majlis Maal Hijrah 1441 Hijrah Peringkat Negeri Perlis.

Dua perkara itu merupakan antara tujuh amanat yang baginda titahkan pada majlis berkenaan, berkaitan Islam di negeri ini.

Titah baginda,  niat dan hasrat baginda dalam menyampaikan amanat-amanat itu dan juga mengeluarkan garis panduan kepada masjid-masjid bukanlah bertujuan untuk membawa kesan buruk kepada rakyat.          Berangkat sama pada majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.