Siakap Keli

Tersipu-Sipu Pelajar Ini Peragakan Pakaian Sekolah, Sebelum Ini Hanya Mampu Berpakaian Biasa, Terima Kasih Cikgu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan semua orang terutamanya kanak-kanak mendapat nasib yang baik ketika menempuh kehidupan di atas dunia ini. Faktor kesusahan seperti kemiskinan boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Namun, sekiranya golongan ini diberikan peluang untuk belajar seperti kanak-kanak yang lain, sudah pastinya dia akan gembira malah turut dapat mengukir senyuman bagi orang-orang di sekeliling.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh  individu dipercayai seorang cikgu menerusi laman Twitter Bungolale, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sangat gembira apabila dapat belajar dan diberikan pakaian seragam. Sebelumnya, ketika pelajar ini mendaftar di sekolah berkenaan, dia hanya mengenakan pakaian harian kerana dipercayai tidak mampu mendapatkan pakaian seragam sekolah.

Pelajar itu juga dikatakan lambat mendaftar di sekolah tersebut dan hanya diberikan pakaian semampunya.

Tindakan guru tersebut menyediakan kelengkapan sekolah kepada pelajar berkenaan mendapat pujian rata-rata wargamaya yang berbangga dengan usaha murni tersebut.

“Terima kasih atas usaha cikgu buat anak ni tersenyum”

“Semoga bertambah pahala cikgu”

“Allahu…semoga Allah jaga adik Suraini di dunia dan akhirat. Aminn”

Sumber: Bungolale

Jawatan Kosong Siakapkeli

Penulis/Writer

  • Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berumur 26 tahun dan ke bawah
  • Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
  • Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Mempunyai minat dalam bidang penulisan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
  • Boleh berkerja Shif
  • Kemasukan segera, mereka yang layak akan dipanggil temuduga

Email ke [email protected]

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra