Siakap Keli

(Video) “I Dengar Perempuan Meraung,” Meremang, Wanita Dakwa Terdengar Suara Misteri Perempuan Menjerit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam tular beberapa video di laman twitter tentang rakaman jeritan ‘misteri’ yang menggegar kawasan apartment. Teriakan yang dirakam dan mula dimuatnaik kelmarin itu menimbulkan tanda tanya warga maya tentang siapa ‘pemilik sebenar’ suara berkenaan.

Naik bulu roma tatkala memainkan semula rakaman video yang didakwa berlaku di Johor ini.

Menurut Qian, sebelum dia merakam video tersebut, dia ada terdengar suara lantang wanita yang seolah-olah bertengkar dengan seseorang.  Qian juga bimbang sekiranya berlaku apa-apa kepada wanita berkenaan.

Oleh itu, dia nekad untuk turun ke pondok pengawal untuk memaklumkan kepada para pengawal keselamatan tentang insiden itu. Namun apabila diperiksa, tiada satu pun kelibat wanita mahupun suara yang didengar lagi.

Ciapan Qian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang kebanyakannya risau akan keadaan wanita yang meraung itu. Ramai yang beranggapan bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengetahui punca sebenar jeritan tersebut.

Mungkin orang yang jerit tu tengah berada dalam keadaan tertekan tadi, moga Allah lindungi dia

Mungkin ada sesuatu yang terjadi, jiran-jiran kena periksa atau call polis

Terdengar juga kat area parking kereta, ingatkan orang gaduh ke apa!

Kenapa jiran tak buat apa-apa. tolong seseorang bantu dia

Takut sesuatu yang serius berlaku, tolong hubungi polis

Kat rumah aku pun ada dengar suara lelaki terjerit-jerit, rupanya dia terkurung takda kunci nak keluar

Sumber: Qian Xing 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.