Siakap Keli

Wanita Dakwa Lelaki Tua Tunjuk Alat Sulit Sambil Mela**ap Dalam Bas, Kesal Sikap Sambil Lewa Penumpang Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dziech, Billie Weiner dan Linda (1990) mendefinisikan gangguan seksual sebagai sebarang tindakan atau perlakuan yang merupakan pelanggaran ringan kepada penderaan seksual.

Menurut data, difahamkan bahawa kira-kira 80 peratus kes gangguan mahupun serangan seksual yang terjadi di kalangan wanita tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah kerana bimbang akan dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia tersebar.

Pagi tadi, ada seorang wanita berkongsi di laman twitter tentang kejadian yang menimpanya ketika sedang menaiki sebuah bas. Wanita terbabit mendakwa bahawa ada seorang lelaki tua yang menunjukkan alat sulit kepadanya.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam sebuah bas menuju ke Klang itu memaksa wanita berkenaan bertindak kasar dengan menumbuk lengan lelaki tersebut. Wanita itu turut berteriak untuk memberitahu semua penumpang serta pemandu bas tentang insiden itu.

Tanpa menafikan dakwaan si wanita, lelaki terbabit terus melarikan diri kelaur dari bas.

Namun, wanita terbabit menyatakan yang dia terkilan dengan sikap para penumpang termasuk pemandu bas yang langsung tidak mahu menolongnya walaupun setelah dia berteriak kuat.

Dia juga mendakwa bahawa reaksi para penumpang ketika itu seolah-olah merasakan bahawa gangguan seksual ini adalah perkara biasa yang berlaku.

Gangguan seksual ini boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu, semua pihak terutamanya mangsa dan orang sekeliling harus memberi sokongan dan bantuan sekiranya perlu.

Jangan hanya berdiam diri membiarkan gelaja tidak bermoral ini terus berleluasa. Ambil langkah berhati-hati dan sekiranya ia terjadi, laporkanlah pada tempat sepatutnya.

Rujukan

[1] Hidayah Mohammad. 2018. Dipetik dari Gangguan Seksual: 80 Peratus Wanita Tak Lapor pada 20 September 2019

[2] Dziech, Billie Wright; Weiner, Linda. The Lecherous Professor: Sexual Harassment on Campus. Chicago Illinois: University of Illinois Press, 1990.

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)