Siakap Keli

Wanita Gemar Selfie Dalam Tandas Ditemui Maut, Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Akibat Telefon Kena Air

Kirovo, Russia – Seorang akauntan terkenal dengan gemar berswafoto di dalam tandas maut setelah telefon pintarnya yang sedang dicas terjatuh ketika wanita itu sedang mandi.

Mangsa yang berusia 26 tahun maut ditempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat telefonnya yang jatuh ke dalam air.

Mayat mangsa ditemui ibunya beberapa minit kemudian.

Berikutan itu, rakan-rakannya memuat naik gambar mangsa ke laman sosial mereka dengan ucapan takziah.

“Bersemadi dengan tenang.. tidur dengan nyenyak. Awak sentiasa di hati kami. Telefon saya esok dan katakan ini semua mimpi, bukan kebenaran,” kata salah seorang rakannya.

“Awak seorang yang sangat ceria.. tidurlah dengan nyenyak,” kata rakannya yang lain.

Sebelum ini, seorang gadis berusia 15 tahun maut setelah menggunakan telefon yang dicas ketika sedang mandi.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.