Siakap Keli
Gambar: Metro

Lelaki Berkelakuan Aneh Kantoi, Lakukan Hubungan Terkutuk Dengan Kon Di Tempat Awam

Seorang lelaki mengaku bahawa dia telah melakukan hubungan seksual dengan kon pembersihan di stesen keretapi Wigan semasa mabuk. Lelaki yang berumur 38 tahun itu telah ditemui di dalam lif dalam keadaan seluarnya terlucut sehingga paras buku lali manakala pinggulnya disumbatkan ke dalam kon itu.

Semasa dia diberhentikan daripada perbuatannya itu, polis telah mengesan satu bahan yang berwarna putih di atas lantai lif tersebut, namun ianya bukanlah serbuk kokain.

Lelaki yang berasal daripada St Helens itu, mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah menyedut serbuk putih yang diberi oleh kawan-kawannya untuk membantu merangsangnya.

Lelaki itu telah dikesan oleh seorang pekerja dari keretapi Virgin pada pukul 9.30 pm, 14 April yang lalu.

Semasa dia mahu menaiki lif tersebut, dia ternampak Smith sedang berada dalam keadaan terduduk, dan sedang asyik melakukan perbuatan tersebut bersama kon itu.

Terkedu dengan perbuatan lelaki itu, pekerja tersebut lantas menelefon pihak polis dan semasa pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati bahawa lelaki itu sedang menunggang kon tersebut serta masih lagi sedang melakukan perbuatan seksual itu.

Tersedar dia sedang diperhati, dia terus menghentikan perbuatannya itu dan memakai seluarnya kembali sambil dibantu oleh pegawai polis tersebut.

Menurut polis tersebut, dia telah mendapati serbuk putih pada muka lelaki itu dan pada lantai lif tersebut.

Lelaki tersebut kemudiannya telah ditahan di bawah akta dadah, namun kemudiannya dilepaskan kerana mereka mendapati bahawa serbuk putih tersebut sebenarnya bukan dadah.

Sebaliknya, dia telah didakwa atas tuduhan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Lelaki tersebut mengaku kesal akan perbuatannya itu dan menyatakan bahawa dia faham bagaimana keadaan sebegitu boleh terjadi.

Tambahnya lagi, dia hanya keluar untuk pergi minum bersama kawan-kawannya sahaja dan apabila dia sampai ke dalam lif tersebut, dia sangkakan dia telah sampai ke biliknya.

Lelaki tersebut yang sebelum ini berhadapan dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan di tempat awam, telah dilepaskan dengan ikat jamin.

Sumber: Metro

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.