Siakap Keli

Pelajar Bersyukur Motor ‘Ysuku’ Tak Lesap, Individu ‘Misteri’ Tolong Simpan Kunci

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sifat jujur merupakan sifat yang perlu diterapkan dalam diri setiap orang kerana memberikan kehidupan yang lebih baik. Tidak kiralah kepada sesiapa pun, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat perlu prihatin terhadap nasib orang lain.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang individu melalui laman Twitter, dia berkongsikan pengalamannya berjumpa seorang individu jujur yang tidak akan dapat dibalas jasanya.

Individu ini mendakwa dirinya tertinggal kunci motorsikal yang diletakkan di kawasan parkir Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah untuk ke kuliah.

Pada awalnya, dia tidak menyedari telah tertinggal kunci dan menyangka telah menyimpannya di dalam beg.

Setelah kuliah tamat, dia mencari kunci tersebut, namun, tidak dijumpai. Walau bagaimanapun, sekeping kertas dijumpai terselit dibahagian raga motorsikal dengan nota ringkas.

Bro ! kau tinggal kunci kat motor. Aku selit kunci kau kat helmet NS88 merah. Pape roger! Nasib baik Aku baik.

Pada awalnya dia masih tidak mengetahui identiti individu yang menyimpan kunci motosikalnya, bagaimanapun, menerusi ciapan terbarunya, dia memberitahu telah bertemu individu tersebut yang rupanya rakan seasrama di zaman pengajian terdahulu.

Komen rata-rata netizen memuji kejujuran lelaki terbabit.

“Mulianya hati orang tu”

“Gua doain masuk syurga itu orang”

“Allah nak uji dia.. hehe syukur dia jadi orang baik”

Sumber: theazibazfar

Jawatan Kosong Siakapkeli Penulis/Writer Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah Berumur 26 tahun dan ke bawah tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi.

Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan mempunyai minat dalam bidang penulisan berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi. Boleh berkerja shift.

Kemasukan segera, mereka yang layak akan dipanggil temuduga.

Email ke: [email protected]

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra