Siakap Keli
Gambar: Naufalantezemm

“Puncanya Aku Makan Semua Nak Extra Pedas” Insaf, Lelaki Kongsi Betapa Seksanya Kena GERD

Sakit tidak mengenal usia. Semasa sihatlah kita perlu menjaga kesihatan dengan baik kerana bila dah sakit, segalanya tidak akan sama seperti dulu walaupun kita telah menjalani rawatan.

Seorang pengguna Twitter, Naufalantezem berkongsi pengalamannya mengalami sakit perut yang teramat sangat akibat dari cara pemakanannya yang tidak sihat. Jom baca perkongsiannya.

“Lebih dua minggu aku menahan sakit dalam perut, pedih ulu hati. Badan aku sampai lembik menahan sakit. Banyak kali aku menyerah dan redha je kalau umur tak panjang sebab tak ada harapan dah rasanya nak sembuh. Jumpa doktor semua kata gastrik biasa je tapi sakit perut lain macam.

Aku pergi KPJ Muar dan terus minta doktor buat endoskopi (masukkan kamera dalam perut ikut mulut). Total kos semua sekali RM 3500 termasuk satu hari warded. Aku takde insurans so kena keluar duit sendiri tunai (baru nak insaf pentingnya insurans).

Sepatutnya temujanji aku beberapa hari lagi tapi sebab aku dah tak tahan, hari tu juga aku minta buat endoskopi. Pukul 9 pagi sepatutnya prosedur tapi tertangguh sampai jam 12 tengahari sebab doktor sibuk dengan operation. Bayangkan aku terpaksa tahan lapar dari jam 9 malam semalamnya.

Prosedur endoskopi. (Kredit: Mayo Clinic)

Radang, injap usus longgar

Hasil endoskopi, doktor memberitahu bahawa Naufal mengalami radang usus dan injap ususnya agak longgar. Disebabkan itu, asid perut naik semula ke atas mengakibatkan rasa pedih ulu hati.

Doktor turut mengesahkan dia mengalami penyakit refluks gastro-esofagus (GERD).

Puncanya adalah sebab aku selalu makan pedas. Makan semua benda aku nak extra pedas. Makan terlalu kenyang tak hiraukan perut dah penuh. Skip makan ikut suka hati. Baring lepas makan dan banyak makan benda segera dan tak berkhasiat.

Doktor nasihatkan elak semua makanan pedas, bercuka, lada, air gas, junk food. Doctor bekalkan ubat dan Gaviscon. Aku ingatkan seksa aku berakhir kat situ je tapi sebenarnya belum lagi. Badan aku masih lemah. Tak selesa dan menjerit bila nak menahan rasa tak selesa.

Jadi bagi yang amalkan pemakanan kurang sihat tu, berhati-hatilah ye. Walaupun kau dah makan ubat, sakit dia tetap ada.

Aku sampai buat bekam, terapi and macam-macam nak sembuh seperti sediakala punya pasal. Nak makan boleh tapi berpada-padalah ye.

Bila dah sakit, semua tak penting

Naufal turut berpesan nasihat ibunya,

“Mula-mula kita makan dia, esok lusa dia makan kita pulak”.

Renung-renungkan lah.

Sumber: Naufalantezem

Amira

Love yourself.