Siakap Keli

(Video) Pelajar Ini Tidak Meninggal, Dia Hanya Pengsan Dipercayai Akibat Tak Makan Sarapan

Tular sejak beberapa hari lalu satu klip video dipercayai dari Indonesia dengan kapsyen yang mendakwa seorang pelajar dilihat secara tiba-tiba mengalami kekejangan.

Dalam video yang sama, si penyebar turut mendakwa bahawa pelajar tersebut meninggal dunia akibat putuf saraf otak kerana terlalu kerap bermain permainan mobile. Suasana ketika itu juga dirakam berada dalam keadaan kelam-kabut dengan jeritan panik dipercayai daripada rakan sekelasnya turut didengari.

Bagaimanapun, melalui laporan portal berita Kompas.com, punca dan kejadian yang berlaku 10 September lalu itu adalah sebaliknya.

Menurut Kompas yang menghubungi penjaga pelajar tersebut, mereka dimaklumkan bahawa kejadian kekejangan tersebut berlaku disebabkan pelajar berkenaan tidak mengambil sarapan pagi.

“Dia sakit disebabkan tidak sarapan. Memang dia jarang sarapan pagi kalau ke sekolah, jadi dia sering sakit-sakit”, kata penjaganya.

Malah, pelajar berkenaan dilaporkan telah sembuh kembali selepas menerima rawatan selama 3 jam daripada hospital dan tidak meninggal dunia seperti yang ditularkan. Pelajar tersebut telah kembali menjalani persekolahan seperti biasa.

Penjaganya juga turut menafikan dakwaan lain yang beredar di media sosial bahawa anaknya mengambil barang terlarang.

Sumber: Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.