Siakap Keli

(Video)Aksi Abang Polis ‘Diusung’ Kereta Sejauh 200 Meter, Cuba Halang Pesalah Trafik Larikan Diri

Seorang anggota polis menarik perhatian orang ramai apabila dilihat melekap pada cermin hadapan sebuah kereta Honda kelabu yang didakwa cuba melarikan diri dari di saman.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 p.m. waktu tempatan di Pasar Minggu Raya, selatan Jakarta, pemandu berkenaan dikatakan telah meletakkan kereta di kawasan larangan parkir.

Berikutan itu, pegawai polis tersebut, Eka Setiawan ingin mengambil tindakan dan meminta dokumen kenderaan daripada pemilik kereta.

“Walaubagaimanapun, pemandu tersebut tidak mahu memberi kerjasama dan cuba melarikan diri,” kata Ketua Polis Trafik Jakarta Selatan, Lilik Sumardi.

Bagi menghalang pemandu tersebut melarikan diri, Eka bersama pegawai yang lain cuba menahan kenderaan tersebut menggunakan trak penunda namun individu berkenaan memandu pergi, membuatkan Eka terus memanjat bahagian hadapan kenderaan itu.

“Pegawai kami meminta pemandu tersebut berhenti, tapi dia tetap memandu sehingga 200 meter dan hanya berhenti setelah terlanggar kereta di hadapan,” kata Lilik.

Setelah itu, orang ramai menghentikan pemandu berkenaan dan pihak berkuasa membawanya ke balai polis berdekatan bersama kenderaan tersebut.

Eka tidak mengalami kecederaan manakala pemandu tersebut dicaj di bawah Artikel 212 Kod Jenayah kerana mengganggu tugas polis dan Artikel 287 Undang-undang No. 22/2009 atas kesalahan melanggar peraturan trafik, tambah Lilik.

Sumber: The Jakarta Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.