Siakap Keli

28 Tahun Berkhidmat, Posmen Ini Dipecat Hanya Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan

Seorang posmen dari Royal Mail telah dipecat setelah 28 tahun berkhidmat hanya kerana lewat 1 minit untuk menghantar pesanan khas. Robert Lockyer sebenarnya ditugaskan untuk menghantar satu bungkusan ke sebuah bank di High Street, United Kingdom pada jam 1 petang.

Robert sempat tiba beberapa minit awal di bank berkenaan iaitu pada jam 12.56 tengahari, namun Robert terpaksa beratur bersama pelanggan lain untuk mendapatkan pengesahan penghantaran.

Nasib tidak baik, ketika sampai gilirannya untuk mendapatkan pengesahan, jam telah menganjak ke 1.01 petang.

Sepanjang perkhidmatannya, Robert telah berjaya menghantar lebih 1500 pesanan khas yang dijamin tiba tepat pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Berikutan insiden itu, Robert dikenakan tindakan disiplin dan dituduh oleh Pengurusnya atas kesalahan tingkah laku iaitu kegagalan untuk mematuhi prosedur kerja yang betul.

Bagaimanapun, Robert menafikan dakwaan tersebut dan membuat rayuan kepada tribunal pekerja.

Sumber: Mirror.co.uk & News.com.au

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)