Siakap Keli

30 Cedera Taufan Tapah Badai Jepun

Tokyo : Seramai 30 orang cedera di wilayah Okinawa, Saga, Nagasaki dan Miyazaki di Jepun apabila taufan Tapah membadai bahagian selatan dan barat daya negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Kira-kira 50,000 rumah di pulau Kyushu manakala 9,000 lagi kediaman di pulau Yamaguchi wilayah Honshu terputus bekalan elektrik, menurut stesen penyiar NHK memetik Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran.

Bencana itu turut menyebabkan kira-kira 54 penerbangan domestik dibatalkan pada Isnin.

Taufan Tapah sedang bergerak ke timur laut di Laut Jepun. Pada Selasa malam ia diramal membadai pulau utara Hokkaido.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.