Siakap Keli

Pencarian Berakhir, Cristiano Jumpa Edna, ‘Si Gadis Burger’

Selepas beberapa hari melancarkan usaha pencarian gadis bernama Edna dan dua orang lagi gadis, Cristiano Ronaldo akhirnya menemui identiti Edna yang pernah memberinya burger percuma ketika dirinya masih seorang kanak-kanak.

Menurut laporan portal tempatan, wanita tersebut tampil mendakwa dirinya sebagai Edna selepas penyerang sensasi Juventus itu melancarkan usaha pencarian pekerja misteri McDonald yang pernah membantunya ketika dahulu.

Menurut Edna atau nama penuhnya Edna Carina Emanuel Caldas, dia juga mendakwa pernah mempunyai hubungan persahabatan dengan Ronaldo bermula ketika dia dalam perjalanan ke premis McDonald. Wanita berusia 36 tahun itu juga menambah bahawa dia pernah minum kopi bersama Ronaldo pada suatu ketika dahulu.

Dia sangat gembira dengan pencarian itu sekaligus membuktikan bahawa Ronaldo sangat merendah diri.

Ini adalah sesuatu yang telah berlaku begitu lama dahulu. Saya sangat gembira dengan apa yang telah dia lakukan. Saya tidak pernah terfikir dia akan mengingati saya selepas bertahun-tahun.

Gambar: Courtesy

Sebelum ini, seorang wanita yang lain turut mendakwa dirinya sebagai salah seorang gadis yang dicari oleh Ronaldo. Wanita bernama Paula Leca itu mengatakan bahawa dia pernah memberikan Ronaldo dan beberapa orang rakannya burger percuma di Sporting Lisbon.

Sumber: Mirror UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra