Siakap Keli
Gambar : Bernama

Sebanyak 12 Penerbangan Di LTSAS Batal Akibat Jerebu

Ipoh : Sebanyak 12 penerbangan daripada 14 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan pada hari ini disebabkan jerebu.

Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Air Asia, laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo, serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.

“Jarak penglihatan adalah 2,500 meter setakat pukul 6 petang tadi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, 1,509 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada hari ini.

Pihak LTSAS sentiasa melakukan pemantauan keadaan semasa bersama pihak berkaitan termasuk pejabat Jabatan Meteorologi dan kawalan trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Pemeriksaan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di empat stesen di Perak iaitu Seri Manjung; Pegoh, Ipoh; Tasek, Ipoh dan Taiping adalah pada tahap tidak sihat manakala Tanjung Malim pada tahap sederhana setakat pukul 8 malam.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.