Siakap Keli

Stacy Doakan ‘Pembawang’ Makin Jongang, Kesal Dilabel Wanita Akhir Zaman Di Pentas ABPBH 32

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 semalam dihiasi dengan persembahan oleh penyanyi Stacy Anam dengan lagu berjudul Khayal.

Tampil dengan imej pakaian yang memukau, berseluar legging berwarna kuning ketika beraksi di atas pentas, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini menerima kritikan daripada segelintir netizen yang melabelnya sebagai ‘wanita akhir zaman’.

Stacy menerusi laman instagramnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut dan memohon supaya tidak ada komen yang melampau kerana setiap orang melakukan kesalahan.

Dia yang mengakui berasa terkilan dengan mulut-mulut ‘manusia penghukum’, meminta supaya mereka tidak melibatkan suaminya dalam hal ini kerana semua kesalahan terletak atas dirinya sendiri.

Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan?

Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tak sangka pula bila perform atas stage dengan lighting, pergerakan dan macam-macam benda jadi lain.

Tak boleh buat salah, silap ja habis dilabel wanita akhir zaman

Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan. Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya. Tak boleh buat salah atau tak sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman. Astaghfirullahalazim…

Ya lah orang yang komen hebat sebegitu memang tak pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari tak best ni. Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut-mulut Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga.

Jangan babitkan suami dan keluarga

Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yang tak kena pun semua dari saya saja tau. Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yang sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.

Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang tak elok guys. Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya.

Kepada pembawang saya harap gigi anda makin jongang

Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk meNfitnah dan fikir macam-macam. Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okay. Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi. Thank you @teamsgs datang support tadi. Love semua and Assalamualaikum…

Sumber : Instagram stacyanam 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.