Siakap Keli

Terkini: Semua Sekolah Di Seluruh Negara Akan Beroperasi Seperti Biasa Esok

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) – Semua sekolah di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa esok berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini semakin berkurangan.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini, sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” jelasnya.

Bagi mendapat maklumat terkini tentang penutupan akibat jerebu, orang ramai boleh melayari portal kementerian di www.moe.gov.my atau di saluran media sosial rasmi KPM (Facebook / Instagram / Twitter) @kempendidikan.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.