Siakap Keli
Gambar: ClaimCompass

(Video) Selalu Terpaksa Pikul Beg Besar Pergi ‘Trave’, Ini ‘Step Simple’ SumbatBanyak Baju Dalam Beg Kecil

Adakalanya, mengemas beg pakaian untuk dibawa bercuti merupakan satu perkara yang melecehkan dan tidak digemari untuk dilakukan oleh kebanyakan orang. Ianya bertambah rumit sekiranya tempoh percutian mengambil masa yang lama menyebabkan pakaian perlu dibawa dengan kuantiti yang banyak. Saiz beg yang kecil juga akan menjadi masalah kerana tidak dapat memuatkan jumlah baju yang banyak.

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana terdapat cara mudah untuk menjimatkan ruangan di dalam beg dan boleh memuatkan jumlah baju yang banyak. Jadi, anda tidak perlu untuk membeli beg yang lebih besar dan pasti menelan belanja yang besar.

Ikuti langkah mudah berikut supaya lebih banyak pakaian boleh ‘disumbat’ ke dalam beg kecil anda.

  1. Lurutkan baju anda
  2. Lipat di bahagian bawah baju sekitar dua inci
  3. Lipat kedua-dua sisi baju ke arah dalam
  4. Gulungkan baju seketatnya
  5.  Selipkan gulungan tersebut dari bahagian bawah baju yang dilipat pada awalnya

Bagi memudahkan kefahaman anda, kami sajikan video ini yang memaparkan langkah mudah untuk membuat lipatan pakaian yang boleh menjimatkan ruang di dalam beg.

Jadi, selepas ini anda sudah tidak perlu menggunakan beg yang terlalu besar dan menyukarkan anda untuk membawanya ke merata tempat. Penggunaan beg bersaiz kecil sudah memadai, namun anda harus peka terhadap pengurusan ruang di dalam beg tersebut dan salah satunya ialah teknik lipatan pakaian anda.

Sumber: GQ

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra