Siakap Keli

“Alhamdulillah, Hujan Lebat Usir Jerebu,” Netizen Panjat Syukur, Banyak Kawasan Dah Mula Dibasahi Hujan

Dalam kenyataan terbaru oleh Jabatan Meteorologi, Malaysia bakal mengalami Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula hari ini dan berterusan sehingga awal November 2019. Dimaklumkan juga bahawa dalam tempoh ini, kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir.

Berikutan itu, kebanyakan kawasan diramalkan akan dilanda ribut petir petang ini. Antara negeri yang dijangkakan terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Sekian lama bergelumang dengan jerebu, akhirnya orang ramai mampu menarik nafas lega memanjatkan rasa syukur apabila kawasan mereka dituruni hujan rahmat sebentar tadi.

Difahamkan juga kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan Nilai sekarang sedang mengalami hujan lebat.

Hujan selebat-lebatnya, Alhamdulillah

Harini lepas hujan lebat tadi, keluar dan tengok langit dah terang dan cantik, Alhamdulillah

Alhamdulillah, hujan dan ribut datang mengusir jerebu pergi

Satu Shah Alam hujan lebat selebat-lebatnya turun

Alhamdulillah Puncak Perdana hujan lebat, Go Away jerebu

Alhamdulillah hujan lebat, Nyahlah jerebu ni

Hujan jugak Klang ni, Mudah-mudahan hilang jerebu

Alhamdulillah hujan dekat Nilai, dapat kurang sikit jerebu

Alhamdulillah hujan, Hope jerebu makin kurang lagi

Sumber: Twitter & Jabatan Meteorologi Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)