Siakap Keli

“Paru-Paru Belah Kiri Dah Dibuang Separuh,” 2 Bulan Sebelum Nikah Pengantin Perempuan Baru Tahu Hidap Kanser Tahap 4

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selepas malam, pastinya datangnya siang. Selepas ujian, pasti adanya hikmah yang menanti. Itulah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Kita hanya merancang, selebihnya Allah yang tentukan.

Dalam sebuah persahabatan, jantina bukanlah satu penghalang untuk menjalinkan hubungan dengan akrab. Ada yang berkawan hingga ke jinjang pelamin. Pencintaan adalah satu sifat yang telus dari hati.

Seperti apa yang diceritakan oleh Eykahmdn nama akaun Twitternya. Dia mengimbas detik manis menjadi best friend forever (bff) selama 10 tahun dengan bakal suaminya walaupun saat ingin mereka disatukan, wanita ini telah disahkan menghidap kanser tahap 4.

Difahamkan melalui perkongsiannya ketika dihubungi, paru-paru kirinya telah dibuang separuh selepas pembedahan semalam. Walaupun begitu, semangat berjuang melawan penyakitnya sangat tinggi walaupun masih bergantung pada oksigen.

Katanya, walaupun kesihatan berada pada tahap yang risau, namun ia tidak sedikit mengubah cintanya terhadap lelaki itu. Malah, penyakit yang dihadapi ketika ini tidak pun dianggap satu bebanan untuk mendirikan rumah tangga.

Difahamkan dalam penulisan perkongsian di laman Instagramnya, hari bahagia mereka hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Wanita ini disahkan menghidap Kanser Synovial Sarcoma Tahap 4. Pada waktu itu, wanita ini menerima dengan pintu hati yang terbuka sehingga katanya doktor yang merawat pun hairan dengan semangat yang luar biasa ada pada diri insan yang bernama Atikah.

 Tapi kali ni berbeza sedikit kerana saya mintak 1 minggu masa untuk berfikir…

Kerana saya memikirkn pasal keluarga mertua. Kerana saya memikirkan pasal bakal suami. Kerana saya memikirkan pasal @streetfriezz yang baru saja nk berdiri teguh. Sebagai pesakit saya memerlukan ruang untuk tenang berfikir, tolong jangan push dengan soalan yang boleh buat saya stress.

Kalau awak tak tau macam mana struggle nye hidup sebagai Seorang Cancer Fighter better awak jangan pandai pandai nak cakap itu ini. Awak tak layak… Cakap memang senang. Tapi kenyataan nya saya yang lalui. Keluarga mertua dah terima saya seadanya pun saya kira bersyukur.

Today was my difficult day sebab kena 💯 positive and make sure segala debaran tu tak ada takut BP tinggi .

Tanggal 23/9/19 hari yang dinantikan buat aku dan seluruh ahli keluarga . 8am waktu Malaysia aku akan berjuang dalam bilik OT . 10 kali Doc datang 10 kali bagi tau RISIKO KEMATIAN itu ada . Tumor tu dari 8.6 cm dia dh upgrade kebesaran nye ke 11cm . Bosa bosa nak poie mano jang , esok kau kono buang jugak .

In Sha Allah saya akan terus dan terus berjuang dan tak akan tido lama.

Saya Nur Atikah ingin meminta maaf dar hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah silap . Semoga Allah melindungi saya dan permudahkan segala urusan .
Ameen Ya Rabb .

Sumber: Twitter Eykahmdn, Instagram Eykahmdn

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)