Siakap Keli

‘Singa’ Milik Singapura Terancam, Patung Ikonik ‘Merlion’ Tertinggi Bakal Dirobohkan

Setiap kali mengunjungi Singapura, satu perkara yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan pelancong ialah melawat tugu ikonik Singapura, patung Merlion. Para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sekeliling Merlion tersebut dan memuat naik gambar ke dalam media sosial bagi membuktikan mereka telah sampai di Singapura.

Namun, dalam siaran akhbar pada 20 September lepas, One Faber Group telah mengumumkan bahawa operasi Sentosa Merlion tersebut akan ditamatkan pada 20 Oktober. Patung batu Merlion berukuran 37 meter tinggi ini berkemungkinan akan dirobohkan dan ianya pasti memberi kesan kepada rata-rata penduduk setempat dan juga pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Merlion ini yang bakal dirobohkan adalah untuk memberi laluan kepada projek Sentosa Sensoryscape yang bernilai S $ 90 juta (RM273 juta), termasuklah jalan bertema yang menghubungkan pantai utara dan selatan Sentosa. Projek ini merupakan salah satu rancangan untuk membangunkan dan memperbaharui daya tarikan di Singapura.

Gambar: Business Insider

Kerja-kerja bagi pembinaan di kawasan itu akan bermula pada suku keempat pada tahun ini. Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti merobohkan tugu Merlion ini bergantung kepada rancangan pembinaan ini yang belum dimuktamadkan. One Faber Group juga menawarkan tiket separuh harga kepada pengunjung bagi menggalakkan warga Singapura berkunjung ke Merlion tersebut sebelum rancangan merobohkannya diteruskan.

Tugu ikonik Singapura itu mula dibina pada tahun 1996 oleh artis Australia, James Martin. Dengan 320 skala ekornya dan dua galeri paparan, ia dikatakan bernilai sekitar $ 8 juta dan mampu dilihat dari negara Indonesia sekiranya cuaca cerah.

Sumber: Business Insider

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra