Siakap Keli

“Road Bully” Ditembak Dengan “Flare Gun” Ketika Menyerang Pemandu Kereta Lain, Melekat di Leher

Seorang lelaki dipercayai telah ditembak dengan pistol suar (Flare gun) oleh individu yang berada di dalam kereta sedan berwarna gelap. Insiden itu dikatakan berlaku di Lebuh Raya Warsaw, Moscow.

Dari rakaman ‘dashcam’ yang tular, kelihatan seorang lelaki berbaju putih keluar dari kenderaannya dalam keadaan marah dan bergegas menuju ke arah kenderaan berwarna hitam. Lagaknya seperti mahu memarahi pemandu kereta itu.

Namun malangnya, sejurus sampai ke kereta tersebut, suar melekat dileher lelaki itu ditembak dengan Flare gun. Lelaki terbabit lantas memegang lehernya sebelum didatangi oleh seorang wanita yang dipercayai sebagai rakan mangsa.

Menurut laporan dari Kementerian Dalam Negeri Rusia di Butovo Utara Moscow menyatakan bahawa ada seorang wanita yang melaporkan kejadian di mana rakannya telah ditembak di leher dengan objek dipercayai pistol kerana konflik lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

Mangsa dikatakan telah berselisih faham dengan pemandu sedan terbabit.

Sumber: Newsgeek.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)