Siakap Keli
FOTO;TWITTER

Wanita Dakwa ‘Boba’ Jadi Keras Macam Batu Lepas Seharian Dijemur Tengah Panas Dikecam Netizen

Baru-baru ini, tular kemusykilan halal minuman boba ini telah diselesaikan oleh pihak Hab Halal Jabatan JAKIM Malaysia. Kini tular satu video di mana seorang wanita yang mendakwa  boba miliknya menjadi keras seperti batu selepas seharian berjemur di bawah pancaran matahari. Dalam video itu juga, wanita itu telah tekankan satu jenama terkenal kononnya boba yang dituangnya itu memberi kesan kesihatan pada orang ramai.

“Ini yang aku minum semalam, so korang bertaubat tak nak minum lagi”

Difahamkan dalam video tersebut, dua orang wanita ini dakwa tidak menyangka boba yang dibuang mereka kekal keras seperti batu dan sukar untuk alihkan kerana ia melekat seperti digam.

Namun, video yang tular tersebut mengundang kemarahan pada pengemar-pengemar boba. Terutamanya pesan-pesan yang diutarakan oleh wanita tersebut kononnya jika seseorang terus minum minuman boba ini akan memberi kesan bahaya kepada individu. kesihatan.

Daripada video tersebut, ramai yang mendakwa ibu bapa mereka melarang untuk membeli minuman tersebut.

Facebook: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)