Siakap Keli

Dah Bergaduh Di Tol, 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lima hari lalu tular di laman media sosial mengenai insiden kejar-mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara.

Suasana menjadi semakin tegang apabila berlakunya pergelutan diantara kedua-dua pemandu hingga mengakibatkan kecederaan. Berikutan itu, mereka dipenjara sehari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas keduanya mengaku bersalah atas tuduhan bergaduh di tempat awam.

Hari ini, sekali lagi wajah mereka tular memenuhi dinding media sosial. Namun yang menarik perhatian adalah hantaran yang ditulis oleh salah seorang pemandu terbabit, Mohamad Fazrien Mohd Ziear.

Sebagai manusia biasa,kami tidak dapat lari dari setusan emosi yang berpunca dari pelbagai punca.

Perasan marah, Benci dan dengan itu selalu Meracuni fikiran kami sebagai rakyat malaysia yang mendukung keamanan sehinggakan kami ini “terlupa” pada kedaulatan undang-undang dan kehilangan seketika luhur peribadi kesopanan dan kesusilaan kami.

Apakan daya kami ini sebagai manusia biasa memang sukar untuk lari dari melakukan kesilapan.
Kerana pembelajaran hidup selalunya akan disusuli dengan kesilapan agar kami kenal dan tidak lagi mengulangi kesilapan.

Selama kurang lebih 9 jam kami ‘berpasangan’ di dalam tahanan sebaik saja dijatuhi hukuman. Tunggang terbalik dalam lori berEscort selama
35 minit bersesak dengan Tahanan lain sampai aku muntah hijau. Kami terseyum, berbual sesama sendiri, kami sudah “puas” bergaduh sesama sendiri.

Kami sedar, undang-undang bukan diciptakan untuk hukuman sebagai tujuan utama. Tetapi tujuan utama undang-undang adalah sebagai medium didikan.

Kami sudah puas menerima “sebatan didikan” dari “ibu” kami atas apa yang telah kami lakukan. “ibu” kami tidak lain dan tidak bukan adalah MALAYSIA!

Hakikatnya kami sebenarnya adalah anak Malaysia. Yaa. Kami sudah pun terdidik dengan hukuman undang-undang Malaysia yang telah dilaksanakan dengan begitu adil sekali.

Ribuan terima kasih saya ucapkan pada kalian semua yang banyak menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan sokongan baik dari segi sokongan wang ringgit, meterial dan sokongan emosi sepanjang tempoh siasatan polis. Budi baik kalian pasti akan dibalas Tuhan.

Soal siapa salah, siapa menang dan siapa sakit tu biarlah menjadi kenangan dan rekod peribadi kami berdua. Alangkah elok kiranya kita dapat hidup dengan baik bersama-sama…

Kenangan 20 september 2019 menjadi memori & kesedaran pada Kami terutamanya Aku. Allah temukan aku dengan Saudara Ng whye hong untuk memberi Pengajaran pada aku.

Sumber: Fazrien Yin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.