Siakap Keli

Gadis Jemur Boba Jadi ‘Batu’ Mohon Maaf, Hanya Mahu Beri Kesedaran Kepada Netizen

Hingga ke petang ini, media sosial begitu hangat memperkatakan tentang isu ‘boba’ yang didakwa akan menjadi keras seakan-akan batu setelah ‘dijemur’ di bawah pancaran matahari.

Rakaman berdurasi seminit itu mendapat kritikan dari warga net terutamanya apabila salah seorang ahli kimia, Fatimah Salim yang tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Justeru, melalui ciapan yang didakwa sebagai rakan individu terbabit, dia telah memohon maaf kepada orang ramai serta syarikat berkenaan berikutan tindakannya itu.

Tambahnya lagi, dia tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun syarikat. Dia cuma mahu memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menjaga kesihatan sebaiknya.

Di akhir penjelasannya, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menghalang sesiapa untuk membeli minuman tersebut.

Sumber: Aqil Rasid & Norazwin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)