Siakap Keli

Hampir 16 Juta Tontonan, Video Ini Buat Kita Fikir Mengapa Ada Lelaki Masih Sanggup Menyakiti Wanita

Tular di media sosial, perkongsian sebuah rakaman keadaan seorang bayi yang dilahirkan melalui kaedah Caesarean tetapi masih berada dalam kantung air ketuban yang masih belum pecah.

Video yang meraih hampir 16 juta tontonan dalam tempoh empat hari setelah dimuat naik itu ternyata menyentuh hati ramai akan kebesaran Allah dan pengorbanan seorang ibu. Namun, tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di mana.

Menerusi video berkenaan, bayi yang berada dalam kantung itu pada mulanya keluar membentuk bulatan seperti bola kemudian pecah perlahan-lahan dengan sendiri. Hebatnya kuasa Allah!

Mengapa masih ada lelaki yang sanggup menyakiti wanita?

Merelakan diri untuk ditoreh dihiris demi anak dan suami

Rata-rata netizen yang terkesan dengan video berkenaan meluahkan rasa kagum mereka akan pengorbanan wanita yang bernama ibu. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempertaruhkan nyawa melahirkan anugerah Allah yang tidak ternilai ini.

Sumber : Twitter/Facebook

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.