Siakap Keli
Gambar: The Conversation

Hari-Hari Pergi Sekolah Bawa Balik ‘Homework’, Ini Rupanya Wajah Manusia Yang Cipta Kerja Rumah

Kerja rumah diberikan oleh guru bagi tujuan latihan terhadap pendidikan kanak-kanak. Perkara ini terbukti apabila kekerapan membuat kerja rumah dapat meningkatkan ilmu pendidikan dalam diri setiap pelajar. Kerja rumah juga dianggap sebagai sebahagian proses pendidikan yang telah diamalkan oleh barisan guru daripada dahulu lagi.

Namun, pernahkah anda terfikir mengenai siapa yang bertanggungjawab atas kewujudan kerja rumah yang sering menjadi latihan kepada pelajar?

Pada tahun 1905, Roberto Nevilis seorang tenaga pengajar di Itali telah mencipta kerja rumah bagi tujuan mengembangkan sistem pendidikan dan kecekapan pelajar dalam pembelajaran. Tenaga pengajar percaya bahawa pandangan tradisional mengenai proses pembelajaran  merupakan syarat yang penting untuk aktiviti pendidikan yang cekap.

Gambar: KQED

Tambahan lagi, kerja rumah ini dianggap dapat menambahkan usaha pelajar untuk bersikap berdikari dan lebih kreatif. Selain itu, kerja rumah dianggap penting kerana beberapa faktor. Antaranya ialah untuk mengelakkan pelajar daripada lupa pembelajaran di dalam kelas.

Walaupun telah mendapat pendedahan daripada guru di dalam kelas, kerja rumah dapat memberi lebih kefahaman kepada pelajar kerana mereka perlu memikirkan jalan penyelesaian terhadap sesuatu tugasan.

Sumber: College Homework

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra