Siakap Keli
Gambar: telesurenglish.net

Israel Tahan Menteri Palestin

BAITULMAQDIS, 25 Sept (Bernama) — Tentera Israel pada Rabu menahan Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Palestin, Fadi al-Hadami, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis berkata tentera Israel menyerbu rumah menteri itu dan menahannya.

Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada tentera Israel mengenai perkara itu.

Ini kali kedua tentera Israel menahan menteri itu dalam tempoh tiga bulan.

Pasukan Israel meningkatkan serangan terhadap aktiviti Palestin di Baitulmaqdis sejak Presiden Donald Trump pada 2017 mengiktiraf bandar yang diduduki itu sebagai ibu negara Israel.

Baitulmaqdis terus bergelumang konflik, dengan Palestin mengharapkan Baitulmaqdis Timur yang diduduki oleh Israel sejak tahun 1967 – menjadi ibu negara Palestin suatu hari nanti.- BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.