Siakap Keli
Gambar: Save Elephant Foundation

Pernah Menderita Bekerja Untuk Manusia, Tikiri Si Gajah Kurus Kering Akhirnya Dijemput Ajal

Seekor gajah berusia 70 tahun dilaporkan telah meninggal dunia dalam keadaan yang menderita dan menyayat hati. Gajah yang diberi nama Tikiri merupakan salah satu gajah yang terpaksa berarak pada perayaan agama setiap tahun.

Sebelum ini, kisah gajah tersebut pernah mendapat perhatian terutamanya di media sosial apabila didapati tubuh badannya  yang kurus sehingga menampakkan tulang dalam keadaan yang lemah. Walaupun berada dalam keadaan sedemikian, Tikiri juga dipaksa bekerja dan badannya dibaluti kostum berwarna-warni.

Disebabkan perkara tersebut, Tikiri telah dikembalikan kepada penjaganya di Rambukkana, sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Rumah Anak Gajah Pinnawala. Walaupun begitu, ianya tetap mendapat kesukaran apabila didapati kesihatannya semakin teruk.

Menurut seorang jurucakap dari kuil Buddha, Tikiri sebenarnya telah mengalami penyakit pencernaan yang menyebabkan badannya tidak mampu untuk menahan beban yang berat.

Sumber: Metro UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa