Siakap Keli
Gambar: FB

Satu Sekolah 34 Kaum, Sekolah Ini Mungkin Sekolah Paling Berbilang Bangsa Di Malaysia

Isu perkauman yang timbul di negara kita pada hari ini telah membuatkan ramai di antara kita merasa berang. Isu yang pernah memecah belahkan perpaduan di antara kita pada 13 Mei 1969 dahulu telah membuatkan negara kita pada hari ini semakin teguh dan utuh jika nak dibandingkan dengan zaman dahulu.

Isu perkauman yang dibangkitkan pada hari ini dilihat kembali membakar semula. Banyak yang dapat dilihat dalam kejadian baru-baru ini di mana setiap video tular yang melibatkan pergaduhan antara dua kaum pasti akan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dengan menyuntik isu perkauman ke dalam sesuatu video atau kes itu.

Ianya juga dilihat sebagai permainan politik di mana ada parti-parti politik yang menggunakan isu ini sebagai senjata bagi mendapat sokongan. Namun begitu, perkara ini perlulah diendahkan kerana pasti ramai diantara kita yang mempunyai kenalan yang berlainan bangsa. Dan hanya kita sahaja yang mengenali dan berkawan baik dengan mereka. Justeru isu-isu seperti ini seharusnya terus diabaikan bagi kesejahteraan semua.

Kita sudah diterapkan dengan semangat perpaduan sejak daripada kecil lagi. Bahkan, kita juga tidak diajar dengan sifat yang memilih warna kulit untuk dijadikan kawan. Pasti ramai di antara kita yang pernah berkawan dengan kawan yang berlainan bangsa semenjak dari sekolah lagi.

Pernah tak siap kerja sekolah sama-sama, pernah didenda bersama-sama, pernah menolong antara satu sama lain dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan contoh sebagai perpaduan.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh SMK Sibu Jaya, semangat perpaduan yang terdapat di dalam sekolah ini boleh diterjemahkan melalui data suku kaum yang dikeluarkan oleh sekolah tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Penjelasan
Data suku kaum ini bukan ditentukan oleh pihak sekolah, sekarang data pelajar diperoleh terus daripada sistem. Kita key-in nombor kad pengenalan atau sijil lahir secara automatik semua maklumat ini akan keluar dalam sistem. Harap maklum.

Satu keistimewaan SMK Sibu Jaya yang orang tidak sedari ialah pelajar-pelajarnya terdiri daripada 29 – 34 suku kaum pada setiap tahun. Sesungguhnya, keunikan ini menjadikan SMK Sibu Jaya semakin indah dan ceria. Data ini ikut suku kaum dalam borang pendaftaran pelajar. Harap maklum.

Gambar: FB

Sumber: SMK Sibu Jaya

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.