Siakap Keli
Gambar Hiasan

Wanita Dakwa Dirinya Hamil, Saman ‘Mat Delivery’ Lambat Hantar Kondom

Seorang wanita mendakwa dirinya hamil kerana ‘Mat Delivery’ kelewatan 8 minit untuk menghantar kondom yang dipesannya di Suzhou, China. Wanita ini dikatakan melakukan hubungan seksual tanpa kondom bersama teman lelakinya di sebuah hotel.

Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai bertindak menyaman dan menuntut pampasan sebanyak 30,000 yuan daripada seorang penghantar barang dan mendakwa sepatutnya orang tersebut menghantar dalam masa 20 minit.

Petik daripada Dimsumdaily, cuaca agak buruk dan lelaki tersebut sudah menghantar pesanan ringkas di mana dia akan kelewatan. Namun, wanita terbabit dikatakan sedang mandi dan terus bersetubuh selepas itu.

Wanita tersebut dikatakan menuntut pampasan tersebut untuk menampung kos perubatan selama dia mengandung.

Sumber: Dimsumdaily.HK

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)