Siakap Keli
Gambar: Asia One

Dakwa Udara Kedap Dalam Kapal Terbang, Wanita Bertindak Buka Pintu Kecemasan Undang Cemas

Pada 23 September yang lalu, seorang wanita dari China dikatakan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika menaiki kapal terbang. Wanita berkenaan telah membuka pintu kecemasan kapal terbang yang dinaikinya.

Menurut laporan media tempatan, pesawat tersebut telah bersedia untuk berlepas menuju ke Wuhan, China dari Lanzhou. Walau bagaimanapun, tindakan penumpang berkenaan telah menyebabkan penerbangan itu ditunda selama satu jam.

Sebelum kejadian itu berlaku, seorang pengawal keselamatan telah memberi amaran kepada semua penumpang untuk tidak menyentuh pintu kecemasan apatah lagi membukanya. Selepas dia beredar dari sudut berkenaan, wanita berkenaan terus membuka pintu kecemasan itu dan mengabaikan amaran pengawal kesalamatan itu.

Disebabkan itu, wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis bagi tujuan penyiasatan. Apabila disoal siasat, wanita berkenaan mendakwa bahawa udara di dalam kapal tersebut telalu kedap.

Walau bagaimanapun, kes seperti itu bukan pertama kali berlaku di China malah terdapat beberapa kejadian pelik yang berlaku di dalam kapal terbang.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa