Siakap Keli
Gambar Hiasan

Hanoi Cadang Haramkan Guna Motorsikal Bermula Tahun 2030, Ini Alasan Mereka

Bila bercakap tentang kualiti udara di negara kita ia agak mustahil untuk mengatakan ia sangat baik kerana penggunaan kenderaan berada pada tahap yang tinggi. Justeru hal ini telah dibangkitkan di negara jiran iaitu Vietnam yang bertindak untuk tingkatkan kualiti udara di mana ia salah satu bandar yang paling tercemar di Asia Tenggara.

Petik daripada laporan berita Aljazeera, negara tersebut merancang untuk mengharamkan penggunaan motosikal bermula pada tahun 2030.

Pada tahun 2016, Hanoi merupakan salah satu bandar yang mempunyai kualiti udara kedua paling tercemar didahului oleh Saraburi, pusat perindustrian Thailand. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pada tahun 2017 hanya 38 hari sahaja yang dianggap mendapat kualiti udara bersih.

Jika anda boleh lihat, di Vietnam rata-rata mempunyai penduduk seramai 7.7 juta orang dan sangat sesak dengan beribu-ribu motorsikal yang digunakan atas jalan setiap hari.

Asap daripada motorsikal dipersalshkan kerana ia berkumpul sekali dengan industri berat, projek pembinaan dan pembakaran bermusim menjadi salah satu faktor kualiti udara di negara ini terjejas. Kualiti pencemaran akan meningkat daripada bulan Disember hingga Februari.

Untuk memerangi masalah ini, pihak majlis bandar hanoi telah mengambil tindakan untuk mengharamkan penggunaan motorsikal menjelang pada tahun 2030 dengan harapan akan meningkatan penggunaan pengangkutan awam. Bahkan akan menggalakan penduduk untuk menggantikan penggunaan petrol dengan biofuel bersih.

Mereka mengharapkan perubahan-perubahan ini akan membawa peningkatan yang jelas dan nyata kepada kualiti udara di ibu negara tersebut. ia juga akan meningkatkan kualiti kesihatan kehidupan penduduk tempatan.

Sumber: Aljazeera

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)