Siakap Keli

“Ia Impian Semua Pengurus,” Wenger Nak Jadi Jurulatih Manchester United

Bekas pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata bahawa sememangnya ia merupanya impian beliau untuk menguruskan pasukan Manchester United.

Beliau (69 tahun) meninggalkan pasukan The Emirates pada 2018 tahun setelah menyumbangkan tenaga selama 22 tahun. Justeru beliau yakin dan berani untuk menggalas tugas berkenaan. Malah Wenger turut mencadangkan idea tentang bagaimana cara untuk melatih pasukan itu.

Wenger yang kelihatan sungguh bersemangat ketika diwawancara turut berkata.

“Manchester United merupakan pasukan impian untuk mana-mana pengurus. Terutamanya untuk para pengurus yang berani dan yakin.”

Jejaka Perancis itu kemudiannya ditanya sama ada dia memang berminat untuk mengambil alih tempat duduk panas di Old Trafford.

“Seperti yang saya katakan, Manchester United adalah pekerjaan impian, bagi mana-mana jurulatih. Saya mempunyai keyakinan serta keberanian dan juga idea.”

Wenger ‘membawa diri’ dengan meninggalkan warisan hebatnya selama 22 tahun. memenangi 10 trofi utama dan lebih daripada 800 perlawanan Liga Perdana di Arsenal.

Sumber: Sportbible.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.