Siakap Keli

“Lana Del Ray Pun Pakai iPhone 6 Skrin Retak Lagi,” Gadis Pelik Di Malaysia Phone Jadi Kayu Ukur Kekayaan Seseorang

Selalu orang kata kalau guna iPhone ni mesti orang kaya, tambah-tambah lagi kalau di Malaysia. Mesti ada rakan-rakan yang perli dengan kita. Tapi ada satu perkara yang korang tak tahu kalau pergi ke luar negara.

Pernah tak anda terfikir ketika menonton filem luar di mana mereka tidak kisah dengan jenama telefon pintar dan ada juga orang yang dianggap tidak kemampuan menggunakan ‘iPhone’ daripada ‘Android’.

Seorang wanita di laman Twitter selar dengan tindakan segelintir masyarakat yang terpengaruh dengan jenama telefon pintar dengan status seseorang.

“Hanya di Malaysia anggap iPhone buggati dan Android Perodua”

Okay meh I bagi penjelasan. Ya, orang ini bercakap tentang maintainance. Tetapi itu semua sama. Sesetengah orang pakai Android tapi hantar theirs to fix at an authorised dealer sebab parts apa semua dipercayai. Sesetengah orang cuma masuk mana-mana kedai dan dapatkan yang tetap. 

Sama juga dengan pengguna iPhone. Ya memang hell, jadi kalau tak mampu macam dia cakap, orang akan hantar mana-mana kedai yang di percaya selain daripada pengedarr yang dipercayai. Pasti sekarang susah nak guna barang yang telah dihapuskan tapi jangan bagitahu ada orang yang tidak menggunakannya. 

Jelas wanita ini hentikan idea yang mengatakan jenis telefon menentukan status seseorang. Baginya apa sahaja jenama adalah bagus cuma apa yang perlu adalah pembelanjaan yang bijak.

Wanita ini kongsikan satu foto Lana Del Ray yang dipercayai masih menggunakan iPhone 6 dengan keretakkan pada skrin walaupun selebriti ini berkemampuan.

“Jangan bazirkan duit poket korang jika tidak mampu”

Ajar generasi baru yang telefon ini tidak menentukan status sosial korang. “You don’t have to sacrifice a kidney just to be part of the ‘in-crowd”. Agak memalukan jika kita samakan telefon dengan status sosial. Jadilah seperti orang global. 

Jadi, janganlah disebabkan telefon kita semua bergaduh, kecam sana sini. Ingat, telefon adalah telefon.

 

Sumber: Lissa Laila

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)