Siakap Keli

Nahas, Kereta Api Bertembung Dengan Lori Lintas Trek, Pemandu Alami Kecederaan Serius

Sehingga empat gerabak dilaporkan telah tergelincir dari landasan selepas kenderaan itu merempuh lori berlaku di wilayah tengah Nghe An pada pagi ini.

Menurut laporan media tempatan, kereta api yang sedang bergerak bertembung dengan trak yang cuba melalui persimpangan kereta api di Dien Truong Commune, daerah Dien Chau.

Kemalangan itu telah menyebabkan empat gerabak daripada kereta api itu tergelincir dan dua daripadanya telah terbalik di atas jalan. Lori tersebut mengalami kerosakan yang teruk dan pemandunya mengalami kecederaan serius.

Kejadian berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Menerusi rakaman dan gambar yang tular, orang ramai dilihat berusaha untuk mengangkat semula lori yang remuk.

Menurut Jawatankuasa Keselamatan lalu Lintas Kebangsaan, terdapat 75 kemalangan telah berlaku pada separuh pertama bagi tahun 2019 dan telah menyebabkan 53 kematian serta mencederakan 30 orang.

Sumber: DTI News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa