Yazit Ahmad, pemain dram kumpulan rock legenda Search, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di usia 55 tahun selepas menderita akibat kerosakan otak.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di facebook rasmi beliau, allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.53 pagi di sisi keluarga dan sahabat handai beliau.
Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi di Taman Melati, Gombak sebelum dikebumi sebelum solat Zuhur.
Pada pagi tadi, abang Allahyarham turut membuat satu hantaran mengesahkan bahawa doktor telah mengambil keputusan untuk mencabut mesin bantuan hayatnya pada bila-bila masa sahaja.
Sumber : SANG GENDANG – Yazit Search