Siakap Keli
Gambar Peserta #PengejarImpian

“Tak Pernah Sangka Muka Terpampang Dekat Motor Franco Morbidelli, Betul lah Orang Cakap Jangan Give-up”

Pergh, mesti best kan kalau muka kita ni diabadikan dekat motor PETRONAS Sepang Racing Team berlumba di MotoGP Malaysia nanti. Macam mustahil je bunyinya tapi ni lah misi #PengejarImpian yang korang semua berpeluang dapat.

Takde benda yang mustahil. Bila dah terpampang muka korang nanti, masa tu baru terfikir, “Tak pernah sangka muka aku terpampang dekat motor Franco, betul orang cakap jangan give-up.”

Terasa macam diri ni ikut Franco Morbidelli dengan Fabio Quartararo lumba sekali atas litar. Rare betul!

Tak kisahlah pandai bawa motor ke tak, tu belakang cerita, yang penting korang buat mana-mana pose #PengejarImpian ni dan upload di media sosial korang. Senang kan? So, apa tunggu lagi guys, jom ambil gambar korang sekarang dan gunakan hashtag #PengejarImpian dan #TambahPowerSRT

Nak lebih clear, follow steps ni:

  1. Tetapkan privasi laman sosial kepada UMUM (Public).

  2. Muat naik gambar gaya Pengejar Impian korang yang style.

Sertakan hashtag: #PengejarImpian #TambahPowerPSRT

via GIPHY

Semua pun tahu, PETRONAS menjalankan pelbagai usaha memberi galakan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing.

Berbeza seperti tahun lalu, kali ini PETRONAS mencari barisan #PengejarImpian yang ingin menjana jentera dan berpeluang menjadi sebahagian ‘semangat’ pelumba PETRONAS Sepang Racing Team (PSRT).

Setakat ni dah ramai yang siap sedia menjana semangat menuju ke litar lumba bersama-sama pelumba terkenal. Korang bila lagi?

Korang masih berpeluang menjadi salah seorang #PengejarImpian sebelum 30 September ini. Tak susah pun kan? Shuib, Erra dan Shiro pun join misi #PengejarImpian ni. Korang cuma perlu pose dan upload. Siapa tahu muka korang yang melekat dekat moto Franco tu. Fuhh, peluang sekali seumur hidup ni.

Maklumat lanjut anda boleh lihat di Facebook PetronasInstagram PetronasFacebook Petronas Motorsports, atau di laman web #PengejarImpian

Nur Farra