Siakap Keli

”Kejadian Terpencil, Kemalangan Dalam Latihan”, TDM Dedah Keputusan Siasatan Kes Kematian Mejar Zahir

Lembaga siasatan insiden melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya akibat tertembak peluru ketika demonstrasi awal September mengkalifikasikan kejadian tersebut sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini, pihak lembaga mendapati peralatan yang digunakan ketika demonstrasi tersebut berada dalam keadaan baik.

“TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap individu yang terlibat, sementara standard operating procedure (SOP) dikemaskini jika perlu,” kata jurucakap TDM.

“Latihan untuk memperkasakan TDM akan diteruskan khususnya bagi meningkatkan keyakinan semua warga TDM terhadap peralatan dan kelengkapan yang sedia ada”

Sementara itu, Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) dalam persidangan pada 17 September lalu telah bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham Mejar Mohd Zahir kepada Leftenan KolonelĀ  17 September lalu, bergantung kepada kelulusan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Pihak TDM turut memberi bantuan sewajarnya kepada balu Allahyarham, Puan Nour Shafinar bte Harun dan ahli keluarga mangsa sejak hari pertama insiden terjadi. Beliau sekeluarga akan terus diberi sumbangan sewajarnya mengikut kelayakan yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan TDM.

Pada 4 September lalu, Allahyarham Mejar Mohd Zahir telah terkorban akibat kemalangan ketika latihan keupayaan TDM semasa Acara Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi pada 4 September lalu.

Sumber: Tentera Darat Malaysia

Amira

Love yourself.