Siakap Keli
FOTO: YAP SWEE SENG

“Berapa Banyak Guna Duit Cukai Nak Buat ‘Bus Stop’ Tak Berguna Ni?” Lelaki Perli Perhentian Bas Baru, Cantik Tapi Basah Kepala Bila Hujan

Seorang lelaki mendakwa dirinya kecewa dengan ukiran yang terdapat di sebuah perhentian bas di ibu kota, Kuala Lumpur yang dianggap tidak berfungsi dengan asasnya untuk melindungi penjalan kaki atau orang yang menunggu kehadiran bas.

Menurut Yap Swee Seng di laman Facebooknya, semasa perjalanan pulang dari tempat kerja pada waktu malam, dia mengambil perhidmatan awam untuk pulang ke rumah. Namun sejurus dia tiba di sebuah perhentian bas, hujan turun dan ambil peluang untuk berlindung di bawahnya namun ia sangat kecewa.

“Untuk pengetahuan anda, semasa tiba di perhentian bas  yang dilihat baru dibina dengan dekorasi yang cantik tapi sebenarnya tidak boleh hentikan hujan untuk jatuh pada kepala anda “

Anda boleh lihat sendiri gambar yang saya ambil.

“Saya tertanya-tanya idea ‘cerdik’ ini ada dalam Jabatan Kerajaan kita,” sangkalnya dalam laman Facebooknya.

Katanya lagi, untuk beri pengguna pengangkutan awam berasa cantik dan indah dengan dekorasi yang tercipta namun tidak menyedari fungsi sebenar perhentian bas adalah untuk melindungi seseroang daripada hujan dan pancaran matahari.

Lelaki ini mempersoalkan berapa banyak wang diperuntukkan untuk bina perhentian bas seperti ini.

Sumber: Yap Swee Seng

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)